Dan ini ler hasilnyer.....Walaupun tak cun, tapi boleh ler lepas2 gian....hehehe
Bahan-bahan
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya
Caranya
1) Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh.
2) Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
3) Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
4) Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar
5) Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar ( no4 atau no5)
6) Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
7) Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar
8) Terus memotong sehingga adunan habis
9) Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk
10)Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
11)Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain) Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan


2 comments:
sudah lamaku idaman nak makan kuey teow ni.... leh lah cuba.... tp kena tunggu betul2 sihat le..
Mas, akak dgr mas x sihat. Ari tuh htr msg x berbalas. Zuraili kata Leman amek cuti 1wk. Kak za pon kata cam tu gak. Apasal? Pape pun nti kak ina calling2 lah.
Post a Comment