Monday, January 12, 2009

ASAM PEDAS AYAM DENGAN TOMATO

Tak sempat nak tutup api, gambar dah kena amek...

Orang Johor ni kalau dengan asam pedas memang tak leh dipisahkan. Betul ker?? Sebab yang aku nampak orang Johor ni segala benda dimasak asam pedas. Sesapa yang 'sewaktu' dengan aku mesti mengakuinyer..... Betul, daging pun dorang masak asam pedas! Kalau ikan tuh dah perkara biasa.... Lagi2 kalau ikan duri. Alamak! Ikan duri?? Terliur arr... Mana nak dapat ikan duri kat sini??? Ikan kaler2 tuh banyak ler! huhuhu...

Oleh kerana aku ni orang Johor, ayam pun aku bantai masak asam pedas. hehehe... Meh, aku nak kongsi resepi yang aku olah sendiri....

Bahan-bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka ati)
1 senduk minyak masak untuk menumis
15 tangkai lada kering - kisar halus (kalau nak pedas guna cili yg kilat, kalau tak guna yg kerinting)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - kisar
1 sdt serbuk lada hitam
1 sdt halba
Daun kesum
Air asam jawa (1/2 kepal asam jawa dan wat jus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 mangkuk air
2 biji tomato dibelah 4 (kalau suka tomato leh letak lebih)

Cara-cara

1) Tumis bawang kisar bersama2 lada kering, lada hitam dan halba hingga naik bau.

2) Masukkan ayam dan gaul rata bersama2 lada yang telah ditumis hingga sebati.

3) Masukkan air asam jawa sampai paras ayam, garam dan gula. Pastikan rasa masam, masinnyer ada. Rasa manis tu cuma sket jer. Kalau terlebih gula, adjust dengan letak garam lagi.

4) Biarkan mendidih, apabila ayam agak empuk masukkan daun kesum dan tomato.

Tips


Nak asam pedas lagi sedap, kecik kan api biar mereneh lama. Kalau nak wat makan malam, masak waktu pagi. Rasa dia kawwww! kawwww! Sebab daging ayam dah mesra dengan kuah asam pedas.

0 comments: