Monday, January 12, 2009

KARIPAP BAKAR

Karipap bakar

Dah lama aku tak wat karipap. 2 hari yang lepas seorang teman hantar SMS tanya nak wat doh karipap, tu yang aku tergerak ati nak wat karipap. Kalau ikut cita-rasa anak2 aku dorang sumer nak karipap sardine, kalau ikut 'big boss' dia tak kisah apape pun tapi karipap sardine dia kureng ler sket. Kalau ikut akan tekak aku aku suka karipap daging... Agak2 sapa yang menang?? Aku lerrrr... Muahahaha.... Yea la, aku yang masak... Boleh? Sebenarnyer, stok sardine tak der kat umah aku yang ada daging kisar. So, jadik ler karipap daging....

Resepi kali ni aku ternampak kat satu blog (aku tak sempat nak amek nama blog dia) cara nak wat doh tuh. Tapi malangnyer aku letak butter 'terlebih' sukatan. Jadik doh tuh nampak sket oily dan agak lembik sket. Kalau karipap ni aku goreng mesti lagi oily kan... So, aku wat keputusan bakar jer karipap tuh dalam oven. Sebelum ni pun, aku pernah gak makan karipap bakar masa aku bekerja dolu2. Masa tuh, penyakit logo 'McD' besau so aku order jer.... hehehe...

Kat sini aku kongsi resepi kat kengkawan sumer. Untuk inti tuh, aku ikut taste aku lerr... Kalau ada sesapa yang nak alter aku takder hal punyer... Itu sumer ikut selera masing2 kannnn....


Bahan-bahan untuk doh

500gm Tepung gandum
1 biji telur
1 cawan Air biasa
1/2 cawan Ais
150gm Butter / margerine
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk inti

4 biji Kentang (diracik halus seperti buah dadu)
4 ulas bawang merah - kisar halus
3 ulas bawang putih - kisar halus
1 mangkuk air
30gm daging kisar
Sedikit serbuk kari
Sedikit daun kari
Sedikit daun sup (diracik kasar)
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Caranya

1) Satukan semua bahan membuat doh, uli hingga sebati kemudian ketepikan.

2) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan serbuk kari, daun kari, daging kisar dan garam.

3) Setelah naik bau, masukkan kentang dan gaul bersama bahan yang ditumis hingga sebati, kemudian masukkan air. Pastikan air betul2 sama paras dengan kentang kerana jika terlalu banyak air kentang akan hancur dan inti akan berair.

4) Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.

5) Canai doh untuk membuat karipap. Oleh kerana aku tak suka gunakan acuan karipap, aku kelim kulit karipap tersebut guna tangan jerr. Dan untuk sama besar saiz karipap diantara satu sama lain, doh karipap tu aku buat bebola kecik yang saiz dia lebih kurang. Pas tu canai. Aku suka cara ni sebab aku tak suka terap. Kalau terap guna gelas banyak reja2 nanti aku kena canai banyak kali. - kerja orang malas ler nih...

6) Apabila doh tersebut dah jadik bulatan kecik, masukkan inti dan aku kelim guna tangan. Aku suka guna tangan sebab kuat dan tak mudah terbukak.

7) Bakar dalam oven sehingga nampak kekuningan. Kalau karipap bakar ni warna dier tak ler cun macam yang digoreng. Kaler dia agak pucat sket tapi tak berminyak. Sesuai ler untuk aku dan yang sewaktu dengannyer yang tengah menurunkan berat badan nih....hehehe

1 comments:

LYNN said...

Mak ai, makan lagi , Reena taruk jer telur kuning macam doh puf(kueh org puteh) sama cam karipap leerr tuh. Make-up sikit...Kita ni tangan tak gagah bab menguli doh tepung mak ai.. lemau. Busy lah skrg bab nak memaskkan anak ke sekolah....Siap ada yang kene tunggu lagi tu...demam