APAM BALIK
Apam balik
BAHAN-BAHAN
600 gram tepung gandum
120 gram gula
3 biji telur
1 sdt Yis
1/2 sdt potash@bikarbonat
1 sdt baking powder
800 liter air
Sedikit pewarna kuning
BAHAN UNTUK INTI
Kacang tanah goreng (kisar)
Sweet corn (dlm tin) - ari tuh aku xletak sbb xder kat umah
Gula pasir secukupnyer
CARA-CARA
1) Masukkan kesemua bahan diatas dan pastikan tidak berketul (aku blender sumer sekali)
2) Biarkan selama 1 jam, barulah bakar didalam pan dgn api sederhana.
3) Bila tepung agak2 kering, taburkan gula, sweet corn dan kacang tanah.
4) Lipat dan sedia dihidang. Sedap dimakan semasa panas.


2 comments:
Assalamualaikum Pn. Reenaz, pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan pada puan kerana telah membangkitkan isu yang kurang senang ni..disini saya cuma ingin explain sahaja tentang comment sy kat cbox tu yang telah manimbulkan kesalah fahaman yang tersangat2lah besarnya tanpa saya sangka dan saya duga...
saya merupakan 'silent reader' blog puan dan boleh dikatakan one of your followers lah.. bila sy baca entry puan ttg apam balik saya pun teringin nak cuba juga maka sy cari resepi di Myresipi dan saya jumpa satu resepi yg dihantar oleh MamaBungas dan gambar apam baliknya pun serupa dgn gambar di entry blog puan ttp resepinya tidak kelihatan disitu, cuma gambar aje yg ada..saya fikir tentu puan yg menghantar resepi itu disitu dan mungkin atas kesilapan teknik resepinya tak keluar pula. maka saya pun decide utk menghantar comment utk memaklumkan pd puan yg resepi yg puan hantar di Myresepi tu tak keluar. Sungguh sayang sekali kalau usaha puan utk berkongsi resepi itu tidak dapat dikongsi bersama dgn orang lain. Sy juga sedar diMyresepi tu ada comment2 yg berbunyi 'tak sedap' disitu. Malangnya tak sangka pula usaha sy utk memperbetulkan keadaan mencetuskan kesalahfahaman yg teramat2 besar...saya sungguh rasa guilty dan berdosa sekali krn tlh menimbulkan kemarahan ramai orang. Saya tidak pernah bermaksud "resepi yg Puan ceduk di MyResipi itu" cuma saya bermaksud "resepi yg puan hantar diMyResipi tu" tidak keluar..ramai pembaca yg mungkin menantikan resepi puan itu utk dikongsi bersama. Oleh itu saya menyusun 10 jari untuk sekali lagi memohon maaf atas kesilapan ini.
Yang benar,
Puan Apambalik.
Pn apambalik..
I'm very sorry for the misunderstood. Dan saya harap perkara seumpama ini tak akan berlaku lagi... Saya juga menyusun 10jari dan kemaafan dipinta diatas salah sangka saya terhadap puan... Anyway diharap puan tak jemu melayari blog saya ni. Thanks for visited to my blog.
Post a Comment