Wednesday, January 21, 2009

TRAGEDI

Kereta yang dinaiki mertua dan adik ipar aku....

Hampir sebulan mertua aku accident. Kereta yg dipandu adik ipar aku terbakar. Kejadian berlaku ketika mertua ku balik dari jemputan kahwin di Muar. Kebetulan masa tu hari hujan dan ketika itu terdapat 2buah kemalangan dihadapan. Ya la, adik ipar aku tu pompan bila nampak ada accident kat depan secara automatik dia break kereta. Apa lagi! Kereta berpusing sebelum mengundur masuk kedalam longkang kat tepi highway. Dan masa tu jugak kereta pun terbakar. Nasib baik makmertua, abah mertua dan adik ipar aku takder pape. Cuma bengkak2 badan jer. Cuma abah mertua aku jer yang patah 1 jari (jari manis). Masa aku dan suami aku terima berita tuh, panik jap kami! Ye la accident, pas tu keta terbakar! Hati aku masa tu dah tak sedapppp sangat.... Alhamdulillah mereka kini beransur pulih....

Ros (yg dukung anak), adik aku yg kena samun tu...

Semalam, tragedi berlaku pulak kat adik aku yang no.2. Dia kena samun! Terkedu jap aku bila terima SMS dari adik aku yang no.3. Aku tanya kat mana? Rupernyer kat umah dia sendiri... Ye la sebagai seorang ibu, pepagi hari dia siap2kan pape yang patut kat umah. Sebab dia mengajar sessi petang. Masa kat belakang rumah semasa dia nak jemur kasut sekolah anak dia tu yang dia kena samun!Kesian ada, nak tergelak sebab kelakar pun ada bila aku dengar ceritanyer.... Kesian sebab dia kena samun (penyamun tuh acu pisau kat leher & ragut rantai yg dia pakai), kelakar sebab selapas dia kena samun tuh, dia lari lintang-pukang sampai terjatuh2! Maklum jer ler, dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat, nak lari pun terasa berat.... Bila dia buat report polis, rupe2 nyer penyamun (India 2org, 1 tinggi dan 1 lg pendek!) tu memang dikehendaki polis!

Kereta ni ler yang melanggar 'gate' rumah aku dulu...


Teringat lak masa 2 tahun yang lepas, kejadian samun tu betul2 kat depan rumah aku. Masa tu aku pergi ambik anak2 sekolah (kerja rutin aku tiap hari), Nabilah dengan Irfan kat rumah bersama maid aku. Masa tu lah kejadian samun berlaku! Bukan aku yang kena, tapi sorang auntie India yang kena! Penyamun tu pun India gak! Weh, siap kuar parang lagi!!! Masa pergelutan berlaku, kereta auntie tu terbabas (auntie tu dlm keta, penyangak tu kat luar keta) dannnn melanggar pagar rumah aku! Masa tu Nabilah kat luar rumah dan pintu terbukak! Biasa la kannnn, maid aku yang ni bukan reti nak tutup pintu dan panggil Nabilah masuk tapi dia yang lari masuk rumah! Nasib baik ler penyangak tu tak masuk rumah aku!!!! Lepas dari peristiwa tu, kalau aku nak masuk rumah aku akan pastikan sumer clear baru ler aku kuar keta dan cepat2 ler masuk rumah! Nak kuar rumah pun macam tu gak! Takuttttt....... Pada kengkawan yang berada kat M'sia tanah air tercinta ku itewww, berhati-hatilah selalu..........

2 comments:

yannfuad said...

macam2 hal blaku kt mesia ek..sib baik all famili member kak ina x der apa2..syukur alhamdulillah..

REENAZ said...

Ye la Yannn... Ms dgr tuh, dup dap dup dap...gitewww....Alhamdulillah xde pape..