Nugget ayam - tak sempat nak goreng!
Kat humah aku nih kalau daging ayam yang kat area tulang2 atau yang banyak kulit tuuuuuu lajuuuuu jer dorang ni makan! Tapi kalau kat bahagian dada ayam nih, halamakkkkkk!!!!! Kenkadang tu rasa 'sayang' nak buang! Sebab kalau masak pun selalu berbaki! Nak simpan? Menyemak kat 'lemari es' jeww! Aku pinjam bahasa Indon! Wakakakaka!!!!! Nak suh aku makan? Aku pun serupa gakkkk....Kureng gitew kat bahagian yang banyak daging! hehehehe....
Tetiba aku 'terjumpa' resepi nugget ayam nih semasa aku surf tenet. Resepi yang datangnyer dari Puan Noormasri ni lah yang jadi 'penyelamat' daripada membazir2 makanan. Jadikkkk, selamat ler bahagian dada2 ayam nih! Terima kasih ler pada Puan Noormasri! Kalau takkkk, emmm....membazir2 jew ler kalau masak ayam nih! Lagi pun, membazir tu kan amalan syaitan... Chewwwwwahhhh!!!! Satu lagik kannnn, dah sendri masak, dah tentu ler berkhasiat! Cuma ayam jew ler yang enjek2! Nak selamat guna jew ayam organik atau bela jew lerrr....hehehe....
NUGGETS AYAM (Versi 1 utk yg mcm kat kedai & yang ghamai ghakyat jelata cam aku)
Bahan-bahan
500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs (Ada dijual kat Star Market & Panda KSA atau dibhgn brg2 wat roti)
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
1-2 biji telur }dipukul sedikit
Cara membuat
1)Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.Gaul sebati
2)Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis
3)Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti
4)Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal
5)Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan
6)Sedia dimakan bersama sos.
NUGGET AYAM (Versi 2 untuk yang nak wat yg skeping2 & sket2 jew)
Bahan-bahan
2 keping dada ayam } potong sebesar 2 inci
1/2 cawan serbuk cornflake (cornflake crumbs) atau serbuk roti (bread crumbs)
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk bawang putih (jika suka)
1-2 biji telur } dipukul sedikit
minyak utk menggoreng
Cara-cara
1)Ayam dicucikan dan toskan.
2)Campurkan garam, lada sulah, serbuk bawang putih ke dlm serbuk cornflake atau serbuk roti, kacau sekata.
3)Celup ayam kedlm telur kemudian golekkan kedlm serbuk cornflake/roti
4)kemudian celup semula ke dlm telur dan ulang golek semula ke dlm serbuk cornflake/roti
5)Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan
6)Hidangkan bersama cili sos


2 comments:
mmg bagus buat sdr nugget ni..kompiden suci..kan..
Ha ah la Milah. Lg pun kita tau apa yg ada kat dlm nuget tuh kannnn....
Ari tuh akak ada gak nampak kat blog milah resepi nuget nih, tp bila akak nak bukak blog duniawanitaku tuh dh xleh.Dh delete ke blog tu?
Post a Comment