BURASAK
Bahan
3 pot beras
1 pot beras pulut
Santan secukupnyer
Garam secukup rasa
Daun pisang muda yang bergulung secukupnyer
Daun pisang tua secukupnyer
Tali rafia secukupnyer
Caranya
1) Tanak beras + beras pulut seperti masak nasi lemak. Tanak hingga 1/2 masak. Biar sejuk.
2) Ambil 1-2 sudu makan nasi dan bungkus seperti bungkus lepat pisang dengan daun pisang muda. Ratakan nipis (urut2 sket nasi kat daun pisang tu). Bungkus pulak dengan daun pisang yang tua. Cara sama macam bungkus lepat pisang.

3) Setelah itu ambil 4-5 keping nasi yang telah dibungkus dengan daun pisang tua tadi, balut lagi dengan daun pisang tua secukupnyer dan pastikan tak ada ruang untuk air masuk masa merebus dan ikat ketat supaya tak terburai semasa merebus.
4) Rebus burasak selama 4 jam. Masa sama macam rebus ketupat. Kalau nak masuk saing ngan ketupat pun boley sebab aku selalu buat macam tuh. Jimat masa,tenaga dan gasssss...hehehehe...
5) Bila sejuk, boleh ler dimakan dengan rendang. Kalau Bugis pure dorang makan dengan ikan parang masak asam pedas. Sedap dan tak muakkkkk wa cakap luuuu!!!



0 comments:
Post a Comment