Saturday, March 21, 2009

SMS

SMS??? Bukan Sheikh Muzaffar Shukor yer... Ni SMS yang bermaksud khidmat pesanan ringkas yang ada kat handphone korang tuh. Kenapa yer aku citer menda nih kat sini? Sebenarnyer aku dapat beberapa SMS ni sejak aku dok kat M'sia Tanah air tercinta lagik. Memula tuh aku dapat sms bertarikh 27 May 2008 yang berbunyi camnie "CONGRATULATIN ANDA DAPAT BONUS RM17,000 FROM "KLCC COMMU" SILA DAIL NUMBER OFFICE, 00628568146567 T'RIMAHKASIH'...Huh! Ingat aku pecaya ker? Dah ler spelling tak betul, lagik ler plak ada loghat Indon! Lagik satu nombor yang kat SMS aku terima lak nombor tepon nih +6281514106430! Dah laaaaa, KLCC ada kat Indon ker? Satu lagik logik ker??? So, aku diamkan jer ler sebab kelakar! Lepas dari tuh baru ler aku tahu ada sendikit yang menipu sampai mangsa kuar duit puluhan ribu transfer ke Indon! Kesian pada yang tertipu!

Lepas kejadian tuh, aku dapat lagi SMS yang lebih kurang sama. SMS tu bertarikh 05 Feb 2009 dan isi kandungannyer camnie 'TAHNIAH!SIMCARD ANDA MEMENANGI UNDIAN BERTUAH WANG RM10,000 DR POWER ROOT SDN BHD, SILA HUB OFFICE DITALIAN: 017-774-2946 TERIMA KASIH'. Weiiii!!!! Ingat aku terperangkap ker dengan kata2 manis camtu? Mintak mahapppppp jer lerrrr.... Kalau fikir logik, mana ada nombor office no handphone? Satu lagik kannnnn, sms yang aku dapat adalah nombor +6017-8642368. hehehe... Kesian ler pada penipu nih! Tapi tetiba semalam aku 'terbaca' kat Harian Metro pasal penipu2 ni! Dorang sumer kena tangkap! Syukurrrr alhamdulillah....

Ni adalah sedutan dari Harian Metrosemalam. Layannnnnnnnnnn...........

Dalang SMS tipu ditahan
Oleh Isma Ismailisma@hmetro.com.my

DUA sindiket penipuan membabitkan SMS rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia (AF) dan Gang Starz adalah antara yang ditumpaskan polis antara tempoh 2006 hingga 2008.Selain dua rancangan televisyen berkenaan, polis juga menumpaskan sindiket yang melakukan penipuan SMS membabitkan beberapa syarikat besar seperti Maxis, Celcom, Digi, Petronas, Shell, Astro, Audisi KDI 4 dan Power Root.

Hasil kejayaan menumpaskan sindiket berkenaan, polis menahan 55 orang yang dipercayai mendalangi sindiket itu dan 43 orang daripadanya lelaki serta 12 lagi wanita.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Choe Hee Heung (gambar), berkata berdasarkan kes yang dilaporkan kepada polis didapati 318 kes dicatatkan pada 2006 membabitkan kerugian dianggarkan RM548,725.27.

Menurutnya, jumlah kes melonjak pada 2007 apabila 965 laporan dicatatkan dengan jumlah kerugian menjangkau RM2.115 juta.

Bagaimanapun, katanya, kes seumpama itu mencatatkan sedikit penurunan pada tahun lalu apabila 728 kes berkaitan penipuan SMS terbabit dengan kerugian kira-kira RM1.842 juta.“Bagi mengekang penularan SMS ini, polis sudah mengambil langkah seperti mengadakan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi seperti Telekom, Maxis, Digi dan Celcom.

“Pelanggan mereka diingatkan tidak terpedaya dengan SMS peraduan yang hanya diada-adakan oleh sindiket tertentu,” katanya menjawab soalan Er Teck Hwa (Bakri-DAP), semalam.Dalam soalannya, Hwa minta penjelasan untuk jumlah kes penipuan melalui telefon bimbit dan talian tetap yang dilaporkan sejak 2006 serta jumlah kes yang diselesaikan.

0 comments: