Wednesday, April 29, 2009

SEDEKAH TAK JADIKAN KITA MISKIN

Ni aku nak share e-mail dari kak Salina. W/pun kak Salina kata article tu dia 'ciplak' tapi aku terpanggil nak share bersama ngan kengkawan. Terutama sekali untuk diri aku sendiri. Yea ler kannnn sebagai manusia biasa kengkadang sifat 'berkira' nih dah jadik rutin hidup kita.

Teringat aku cerita dari ustaz masa aku sekolah dulu, seorang anak bermimpi bertemu kedua ibubapanya yang telah mati. Ibunya seorang yang kedekutz sesangat semasa hayatnya sumer nak berkira sehingga akhir hayatnya tetapi ayahnyer pulak bebeza ngan sifat ibunya. Dalam mimpi anak tersebut, dia telah berjumpa ibunya dalam keadaan yang bertelanjang sambil menjilat2 segumpal lemak ditangannya, berbeza ayahnya yang bersenang-lenang, mewah makanan dan berpakaian cantik. Bila ditanyakan tentang mimpinya pada Rasulullah, rupa2nyer masa hayat ibunya sangat lah kedekutznyer. Seumur hidup ibunya, dia hanya bersedekah segumpal lemak pada orang miskin yang yang kebetulan lemak tuh dia nak dibuang. Ishhhh....Berkira betul kannnn.... huhuhu...

Mari kita layan e-mail yang kak Salina berikan pada aku dan sama2 ler kita renungkan. So, sama2 ler kita muhasabah diri. Sesungguhnyer sedekah tak akan jadik kita hidup miskin kannnn....

UMUM mengetahui setiap kita akan mati. Lalu, segala harta yang dimiliki akan ditinggalkan, tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur. Walaupun begitu, masih ramai di kalangan kita yang keberatan menghulur sedekah atau zakat.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang baik sebagaimana dialami sekarang.Malah, tidak kurang yang fobia akan jatuh miskin jika berzakat atau bersedekah ketika mana mereka diuji dengan kesempitan hidup. Sedangkan Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 261)"

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur kpd Allah swt yg telah menempatkan kita d bumi anbiya ini, di mana kita dpt menikmati rezki yg melimpah ruah... 3M's iaitu Mekah, Madinah n Money. kita dikira bertuah sesgt kerana antara yg terpilih utk diberi ganjaran yg sebegini. atas sbb ini lah jgn kita berhenti bersyukur, jgn lokek utk menyalurkan rezki kpd hamba2 Allah yg lain, tak kira la dari segi apa sekalipun. selagi kita mampu, bersedekah lah apa sekalipun... nescaya Allah melipatgandakan rezkiNya kpd kita. sama2 lah kita berdoa agar kita adalah dari (atau akan berusaha menjadi?) golongan yg memberi sedekah... amiiinnn.

Anonymous said...

Mama,
Terima kasih atas peringatan.. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang pemurah.

REENAZ said...

Kak Sally
Ye betul tuuuuu...Tapi perlu ingat, apa yg kita sedekah atau bagi pd seseorang kita
mesti kena ikhlas kannnnn....

catz
Insyaallah....Yg penting niat mesti ikhlas....