Resepi nih aku dapat daripada Chef Mat Gebu kat MyR. Tapi resepi asal dia takder bagi topping atas. Oleh sebab tangan aku yang gatal nih, so aku bagi ler topping. Sorri arr Mat.... Pape hal pun terima kasih diatas resepi nih.
Oleh kerana aku 'kelisa'(bukan keta yerrr, kelisa nih adik beradik ngan penyakit M....hehehehe) so aku cumer C&P jer. Cumer aku edit skettttttt jerrr sbb menda takder dan tak cukup.... hehehehe....Jom kita layannnnnnn.....
Bahan
3/4 cawan gula aising
150 g mentega, pada suhu bilik
250 g cream cheese, pada suhu bilik (aku guna cheese 200gm jer)
3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
1/2 camca teh esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*
1/2 camca teh soda bikarbonat*(*digaul rata dan diayak)
1/4 cawan susu segar/susu UHT (aku ganti susu cair)
5 - 6 camca besar blueberry filling
Caranya
1) Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih
2) Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen vanila. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.
3) Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht hingga habis. Gaul rata
4) Sapu acuan bulat berlubang tgh dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung. (aku guna myk masak + tepung jerrr)
5) Tuang 3/4 adunan kek ke dalam acuan.
6) Sudukan blueberry ke atas adunan kek tadi.
7) Ratakan blueberry dgn spatula
8) Tuang lebihan adunan kek dan ratakan. Hentak perlahan acuan kek 2 - 3 kali. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit
9) Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.
10) Tuang baki topping diatas kek untuk hiasan. **** yg nih aku memandai jerrr...



2 comments:
bak kata lynn...
"kek blueberry hidden mu merembat tekak ku!!!" hahahahha...
tp mmg sedappppp yummy... aku musti try ni!
Mama,
Aduh.. sedapnya... yummy...
Bayangkanlah kalau Ana ada doraemon.. mesti dah lama hilang gambar2 makanan kat blog akak ni.. hahaha
Post a Comment