Wednesday, December 23, 2009

HUJAN DI YANBU

Semalam hari yang agak menakutkan bagi penduduk Yanbu. Hujan turun selebat2nya....Pagi tuh awan mendung. Terdetik dalam hati, kalau hujan lebat nih alangkah bestnyer....Jam 1.00pm, selepas suami aku balik lunch Yanbu di'serang' dengan sandstorm yang maha ganas!Suami aku yang on the way nak ke office sempat call aku dan bagi tahu pada aku IRFAN TAK YAH SEKOLAH HARI NI. SANDSTORM TERUK!Dia ada bagi tahu kat aku, kereta yang dipandunya macam nak melayang!Suasana kat luar teruk sekali.Takder view langsung~warna coklat(pasir).Dan dia terpaksa berhenti kat bahu jalan untuk seketika. Bagi aku dan anak2 kat rumah, keadaan dah macam jam 10.00malam, padahal jam kat dinding baru jam 1.00petang! Gelap!Angin toksah ler nak kata, dah macam citer hantu dia punyer bunyik!

Longkang yang dulu kontang semalam dipenuhi air hujan

Jalan2 di Yanbu dipenuhi air semalam

Suasana di Yanbu selepas hujan semalam....


Sandstorm melanda lebih kurang dalam 1jam. Kemudian diikuti hujan lebat yang dahsyat sekali!Pada mulanya aku seronok tengok hujan. Rasa macam kat M'sia gitu!Tapi bila lampu kat balkoni bilik tidur anak aku tiba2 meletup, aku dah seraam dahhhhh....Seram bukan takut hantu, tapi air dah mula melimpah kat luar. Bimbang kalau2 banjir dan tragedi kat Jeddah sebelum 2-3 hari lagi umat Islam menyambut Raya Aidiladha yang lalu berlaku kat Yanbu.(300 orang hilang, 106 orang terkorban serta ramai penduduk Jeddah kehilangan tempat perlidungan.Dah macam tsunami ketika Jeddah dilanda banjir!~Arus kuat sangat dan takder sistem perparitan.)


Alhamdulillah, hujan lebat yang melanda berhenti setelah 'menyerang' Yanbu selama 1 1/2jam! Itupun, air kat luar rumah sikitttttt lagi nak masuk kat dalam rumah aku.Bimbang kalau2 air masuk kat dalam rumah. Terbayang kat dalam kepala kalau hujan berterusan, habis rumah aku! Sebab rumah yang aku duduki sekarang nih, wall to wall carpet! Imagine kalau air masuk satu rumah! Ishhhhh....serammmmmm.....


Semasa hujan lebat melanda, kami sumer kat Yanbu ni terputus bekalan letrik dan air. Air kat sini guna pump, so bila bekalan letrik takder dengan air sekali ler takder.....4 jam kami ber'gelap' dan 4jam gak ler kami 'kontang'! Dalam keadaan yang tak tahu nak buat apa, suami aku ajak ler kami sumer keluar ~ tengok keadaan luar(ala2 reporter CNN gitu!). Suami aku pun balik awal sebab keadaan kat tempat kerja dia lagiiiiii huru-hara.~nak tau citer tunggu dia up-date blog...hehehe....


Suasana kat luar dah macam laut dah...Pokok tumbang sana-sini. Mujurlah kat Yanbu nih dorang dah ada buat sistem perparitan (pada awalnyer memang kelakar ler tengok parit & longkang dorang kontang) dan kerja2 pembersihan cepat dilakukan. Banyak kedai yang tak bukak.Tapi macam STAR Market kat belakang rumah aku tuh bukak.Ramai orang2 arab berpusu2 carik makan.Lepas hujan ler kata kannnn....Kalau kat M'sia orang akan beli pisang goreng ataupun leh masak ubi rebus cicah sambal tumis...hehehehe....Tapi kat sini orang berebut beli roti.... No ubi2 and no pisang goreng! Sorry!!!! huhuhu....


Bekalan elektrik dan air back to normal pada jam 7.00petang ~ setelah 4jam kami sumer dalam kegelapan dan kekontangan. Malam tadi lebih kurang jam 10pm hingga 12midnight, hujan turun sekali lagik membasahi bumi Yanbu.Tapi tak lebat cumer gerimis jer...Alhamdulillah, sumer selamat dan rumah aku tak bocor. Cuma air hujan yang berlebihan jer yang masuk kat bawah pintu, sebab ada kawan2 yang telefon aku, dia bagitahu aku rumah bocor sana sini. Kesian kat kengkawan aku yang mengalami rumah 'bocor'. Pada kengkawan yang mengalami rumah bocor, harap bersabar. Dugaan buat kita sumer kat sini.....Lepas nihhhhh prosess mencuci kat depan dan belakang rumah akibat bekas air yang naik semalam.....Mulakan kerja2 pencuciannnnnn.....CHAIYOKKKKKKKKKK!!!!

4 comments:

LYNN said...

oo hajjah, ini sakit pinggang oo basuh kapet, cedok air. bilik atas bocor...pasir tu bau macam simen kongkrit.

REENAZ said...

ooooo kak hajjah...
Naper wat sesorang askor kan tgh cuti2 arab 3wks...Yg kecik wat sket yg besaor kena lebih sket keja.Mak dia lebih2 keja, bapak dia kena triple punyer kejer...hehehe...Mujur umah kami tak bocor cumer simen depan,belakang n balkoni kat bilik anak2 jer yg kotor.Semalam dah settle.....Perghhhhh!!!!legaaaaaaa

en_me said...

macam cnn ghitewww.. ehehe, salamm mama itteww

Myza Pesona said...

Lebatnya hujan! Dah jadi macam KL pulak! Hujan lebat, pas tu banjir kilat!