Weekend lepas aku bersama suami serta Irfan yang pergi (yang 4orang lagik takmo pegi, dorang nak lepak kat umah jer). Tujuan utama nak jumpa kakak sepupu aku (anak Pak Long aku)yang mengerjakan ibadah haji. Masa dia sampai hari tu, memang takleh nak jumpa sebab dia terus ke Mekah sebab orang2 bermastautin di Saudi tidak dibenarkan masuk sewaktu musim haji sedang berjalan. Kalau nak masuk mesti ada pass yang kita nak mengerjakan ibadah haji sebab orang2 local yang nak mengerjakan haji pun takleh wat tiap tahun ~ 5tahun sekali (itu yang aku sekuarga dan beberapa kuarga lain lagi 'beraya' di Riyadh)

Memula jumpa dengan kakak sepupu aku tu ada rasa tangkap syahdu sket...huhuhu...Aku masa kecik2 dulu memang rapat dengan kakak sepupu aku nih. Dia selalu bawak aku pegi jenjalan kalau waktu aku cuti sekolah. Seingat aku sampai aku form 2, aku masih lagi ikut dia pegi jenjalan w/pun masa tu aku dah 'malu2' gituuuu...hehehehe...Tapi masa umur aku 7-9 tahun, aku memang takmo balik rumah kalau dah pegi jenjalan dengan dia~siap nangis2 dan bertarik2 dgn mak aku! Sepanjang cuti sekolah aku kat umah pak long aku lerrr.....Tak senonoh betullllll....muahahahaha.....Tapi bila aku kenang semula, seronok tau jadik budak2!kikikiki...
Tapi perjumpaan kali nih takler sampai tarik2 dengan suami aku sebab takmo balik bahana jumpa kakak sepupu aku....Perjumpaan yang orang kata ala2 jejak kasih....kuikuikui...Sepupu aku kata dia balik M'sia pada hari Isnin (esok)28/12 nih....Semoga selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur, serta dapat bertemu kembali dilain masa nanti.Insyaallah....



1 comments:
hu waaa, akak pun jenis gitu. Ni menurun kat bebudak nih. kalau dah pi umah sedara mara sepupu sepapat tak mau balik umah sendiri..akak dulu pernah naik bas kat kg sebab tak leh dok sensorang (memang dah sorang pun)nak berkawannn kannn.
Post a Comment