Keropok lekor yang sedia untuk dimakanHari tu, teruja dengan keropok lekor seorang teman dari Riyadh, tu yang aku buat keropok lekor. Dulu sebelum datang sini, aku ada gak belajar cara nak buat keropok lekor. Belajar dengan Chef Li (yang menulis buku jutawan senyap). Resepi yang aku belajar ada 2jenis. Satu yang traditional dan satu yang moden punyer. Seingat aku entry aku yang lalu aku ada gak masuk resepi keropok lekor resepi Chef Li.
http://mama-bungas.blogspot.com/2009/04/keropok-lekor.html
Tapi kali nih aku cuba resepi daripada MyR. Ada kelainan sket. Resepi yang dari MyR nih ada bawang putih dan tepung gandum. Memang sedap sebab bila sejuk still lembut. Tak liat. Sedap.....bagi aku ler sebab kat sini mana nak jumpa...hehehe...Okey jom kita layan....Aku C & P jer lah yer....

Setelah direbus dan sedia untuk dipotong...

Sedia untuk digoreng
Bahan-bahan
- 1kg ikan selayang/ kembung
- 5-10 ulas bawang putih
- 1kg tepung ubi/kanji
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- Garam secukup rasa
- Perasa
- Air
Cara-cara
- Asingkan isi ikan dari tulang.
- Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas. (aku blander halus~baru nampak cun)
- Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalu lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut. Barulah uli bentuk memanjang.
- Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
- Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.


3 comments:
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam hormat kepadamu saudaraku yang aku kasehi,
didoakan agar sihat sejahtera bersama keluarga yang tersayang,
HATI-HATI
telah menerima 'chain mail' daripada mu berkenaan tentang kemashalatan anutan agama Islam-Kristian Katholik-Hindu dan sbagainya,
HALUS
telah memahami akan kehalusan mereka menjalankan sistem dan beberapa perkara,
DIMANA KEHALUASAN ITU?
ada di blogmu, pada paparan 'background file', dihalusi dengan bayangan imej 'Love' (tanda hati yg berwarna merah) sebuah kamus yang tertulis dengan nama 'Karl-Marx'. halus, sungguh halus 'messege' seperti itu,
COPY & PASTE
senang, benar, ianya mudah dan senang, tetapi kita lupa tentang apa yang ada disebaliknya,
HATI-HATI
lihat keseluruhan langkahmu saudaraka, kerna, dikau menyeru kepada sedar akan kelicikkan kehalusan tindakan mereka, janganlah pula dikau tersasar, bergeraklah seperti gerakan 'fatimatul az-zahra' (shalawat salam kasih sayang kepada mereka & keluarga mereka),
hati-hati saudaraku yang aku kasehi,
hati-hati,
fil filan
Terima kasih kerana mengingati...Saya akan cuba tukar dgn background yg lain...
terima kasih dan salam hormat kembali.
Post a Comment