Buah delima yang dah aku kupas....
Merah bagai delima merkah....Selalu kita dengar kata2 tu kan? Kat sini aku nak share pasal buah delima. Selain rasanya yang manis~aku suka sangat2~ buah delima banyak khasiatnya. Orang kata kalau masa pregnant bagus makan buah delima. Tanggapan tu salah sebenarnya. Tak pregnant pun boleh makan buah delima sebab khasiatnya yang banyak. Jom kita share tentang khasiat buah delima. Article nih aku C&P daripada pkukmweb.ukm website. Semoga mendapat pengetahuan dan kebaikan kita bersama.....
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.
Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.


7 comments:
Salam Reenaz,
adik ipar I kata buah ni bagus tuk pesakit Talasemia. Anak dia ada Talasemia minor, ada kawan dia yg suggest suruh makan buah ni.
Tp org kata utk tambah zat besi...org yg sakit talasemia xleh bnyk zat besi dlm darah...sbb kwn ina anak dia 2org talasemia major n 1 talasemia minor...
Tp org kata utk tambah zat besi...org yg sakit talasemia xleh bnyk zat besi dlm darah...sbb kwn ina anak dia 2org talasemia major n 1 talasemia minor...
Salam..
Lama tak singgah sini..
Terliur tengok kemerahan delima tu. Saya memang suka delima tp yg tanam di sini tak manis dan besar mcm dlm gambar tu.
salam reenaz..wah dah tukar langsir baru ek..
akak tak suker pulak buah delima ni..entah kenapa tekak tak lalu lah.
langsir baru..... nak tempah tuk Raya Cina!
salam reenaz,
nasib baek ada pnjelasan konkrit pd ayat ni.."Orang kata kalau masa pregnant bagus makan buah delima. Tanggapan tu salah sebenarnya. Tak pregnant pun boleh makan buah delima.. "
kalau tak , sure org lelaki x leh makan laa gamaknyer yer.. hehehe..
nasib baek.
tp baek d mkn dgn biji2nyer sekali ker @ di'kehek' biji nyer tu..?
Post a Comment