Tuesday, January 12, 2010

UTUSAN KEMATIAN

Dalam kitab Zahrir Riyadh, diceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut. Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut. Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”

Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”

Kata Yaakub, “Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”

Jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, “Adakah engkau datang utnuk berziarah atau mencabut nyawaku?”

“Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut.

Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”

Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”

7 comments:

wannor said...

Salam,
Interesting betul article ni Puan Reenaz. Boleh saya paste dlm e-mail & forwardkan ?

Atiela Humaira said...

Salam Pn Reenaz, saya G Mama kpd Athilah Humaira. Kami baru pindah ke Jeddah. Saya slalu baca blog U utk dptkan info2 M'sian yg duduk di KSA ni. Byk info saya dpt & TQVM. Lepas baca blog U yg entri U buat roti boy tu....terliur kegebuan roti boy tu. Reenaz pakai tepung apa ya? Sbbnya dah merata saya cari tepung roti kat Jeddah ni tak jumpa2. Kalau tak keberatan....pls share. Tima kasih saya dulukan.

REENAZ said...

Wannor...
w/salam...

Apa salahnya...Yg baik kita kongsi bersama..

REENAZ said...

Athilah Humaira @ Pn G

w/salam...

Salam perkenalan...Jeddah n Yanbu...tak jauh tu...Perjalanan cuma 3jam shj...hehehe...

Saya guna tepung dpd kuwait.Entry yg lalu saya ada publishkan gambar tu...Saya rasa dlm label info. Masa memula dtg saudi ni selalu 'terkena' tepung yg org buat capati.Buat cekodok pun keras mcm capati...hehehe...

Ada juga multi-purpose flour ~ ada jalur2 pink. Tp xingat brand apa. Kat Panda ada jual.

Atiela Humaira said...

Salam. Seronoknya dpt berkenalan dgn Reena dan tima kasih kerana sudi membalas msg saya ni. Blog Reena saya baca sejak dr M'sia lg (silence reader) dan mmg byk maklumat mengenai Saudi ni saya kutip dr U. Tima kasih daun keladi. Kami ni baru 1 1/2 bln kat Jeddah ni. Baru je nak kenal2 tempat dan brg2 kat Arab ni.... Kami tinggal di area Al Safa. InsyaALLAH dgn izin ALLAH harap2 kita dapat la berjumpa nanti ya. Kalau Reena dtg Jeddah bg la tau. Ni no phone saya 0530667557. Sekali lg tima kasih byk2. Semoga ALLAH merahmati perkenalan kita ini. InsyaALLAH.

wannor said...

TQ Reenaz. Nak tambah sikit ni, masa sy pergi hj hari tu, ada gak terserempak dgn org Yanbu, tp ni dah towards the end of musim hj le sbb saya punya KT among yg last.Terus tanya, kenal mama bungas x ? he..he.. tak ingat nama betul..Teringin juga nak jumpa Reenaz satu hari nnt, Insyaalah sbb saya suka baca ur blog.NNt klu sy add as friend thru facebook approve ya..

REENAZ said...

wannor...

sori lambat reply...nak kata busy tak juga...mmg ramai org2 Yanbu wat haji ari tu.Tp dorg mmg kenal dgn saya...Takper dah jadi trade mark kot...hehe...Nanti kl wannor nak add kat FB bg ler msg yer sbb sy ni takut kl nak approve org yg saya tak kenal...Kalau bg tau awal2 insyaallah saya approve....