Sunday, April 25, 2010

MERTUA KU ZIARAH YANBU~Episod 2 (UMRAH 1)

Di miqat~Juhfah ~ masa ni Irfan takmo gambor sbb malu jumpa Syasha (anak Yann)

Hari rabu, 17hb March aku bersama kuarga serta mertuaku bertolak ke Kota Mekah untuk menunaikan umrah bersama... Suami aku kata umrah untuk 3 generasi...Seronok sangat2! Sebab kalau selama ni aku bersama suami dan anak2 jer, tapi kali ni aku bersama dengan mertua aku. Anak2 aku pun nampak seronok. Masa tu ler Irfan memakai ihram untuk kali pertamanya! yang sedihnya, boleh Irfan kata kain ihram tu 'towel'! Sadis.... Uwaaaa!!!

Irfan bersama ihramnya...credit dpd camera mertuaku

Irfan dgn atok nak check-in hotel

Kat bilik hotel pada malam yang pertama
3 generasi dan 3 gaya berbeza setelah selesai umrah...
Ibu mertuaku di Masjidilharam
Makan kat D'Saji,Felda~Tgk Irfan ada ker patut dia wat 'tanduk' kat tok umie...huhuhu

Alhamdulillah, urusan umrah telah selesai dengan tanpa ada apa2 halangan w/pun masa tu kaki abah mertua aku yang gout belum pulih sepenuhnya...

Sebelum berangkat ke Kota suci ni, suami ada 'booked' hotel untuk kami sekuarga menginap, tapi malangnya kami sekuarga hanya dapat menginap satu malam jerrr... Ketiadaan hotel mungkin disebabkan terlalu ramai jemaah umrah yang datang disamping banyak hotel2 budget telah diruntuhkan...Masa tu hati pun duk dak duk dak gakkk...Kalau setakat kami sekuarga, kami tak kisah sangat sebab kami dah biasa ke kota suci ni, tapi mertua aku yang jarang tiba ni mestilah akan terasa ralat bila tak dapat lama nak beribadah di kota suci ni...Malam yang berikutnya kami sekuarga terpaksalah mencari2 hotel lain...Alhamdulillah dgn pertolongan Zainudin (OBM) kami dapat bilik untuk malam yang seterusnya w/pun agak jauh daripada Masjidilharam, tapi kami bersyukur sekurang2nya kami sekuarga dapat lagi solat di Masjidilharam untuk hari yang berikutnya....Alhamdulillah... Apa2 pun jutaan terima kasih pada Din OBM kerana membantu...

Setelah selesai menunaikan solat jumaat, kami semua bertolak pulang ke Yanbu... Kenangan menunaikan umrah yang begitu indah dalam hidup kami sekuarga....Alhamdulillah...

2 comments:

Ati said...

Suka tengok Irfan!

REENAZ said...

Insyaallah, satu hari nanti ati akan ada anak mcm Irfan...Tp skrg dia dah pandai nak melaram...Rambut takleh terusik, marah...P sekolah dia yg pilih nk pakai baju apa...Yg penting dia dah tau 'malu'...hehehe