Minggu berikutnya suamiku serta anak2 termasukler aku pergi ke Madinah. Tempat wajib yang mesti dilawati dan tempat beribadah. Kami bermalam di Madinah di Taibah Hotel. Terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Qamarul kerana sudi mencarikan bilik hotel untuk kami sekeluarga sebab pada masa tu banyak hotel penuh. Menunjukkan betapa ramainya manusia yang terlah 'dijemput' menjadi tetamuNya....
Possing maut jap kat Bukit Magnet
Irfan & Nabilah
Jappppp makkkk, orang tengah kira duit niiiii....Sabarrrrr
Suami aku bersama 'saudagar kacang & bulu kambing' dan bapa mertuaku....Mana lagi handsome?hehehe
Pagi selesai bersarapan, kamu bertolak ke Bukit Magnet. Tempat ni dulu ramai agent2 yang tak tahu, tapi sekarang aku nampak dah ramai jemaah umrah pergi kekawsan bukit magnet ni... Tempat yang menarik dan aku pernah bercerita tentang bukit magnit ni dientry aku yang lepas.
Setelah 'bersiar-siar' di Bukit Magnet, kami semua menuju ke Masjid Quba. Destinasi yang wajib pada jemaah umrah yang ziarah ke Madinah ni...
Kedai kurma di Madinah....Bukan setakat kurma tapi pelbagai jenis kacang dan coklat arab pun ada
Setelah solat sunat di Masjid Quba, kami sumer bertolak menuju ke Pasar Kurma. Memang terkenal pasar kurma Madinah ni... Memacam kurma ada! Tinggal 'ongkos' nyer jer yang perlu disediakan. Selain kurma terdapat pelbagai jenis kekacang dan coklat terdapat disana. Coklat yang aku nampak berada disana, banyak yang daripada negara arab jiran... Rasanya? Aku tak tahu sebab aku tak pernah beli. Tak interested...hehehe... Bukan sombong, tapi tak tau ler... Mungkin packing yang kurang menarik kottt...hehehe
Selesai menyopping kurma, kami sume bertolak semula ke Masjid Nabawi untuk makan tengahari dan menunaikan solat Jumaat.
Bukit pasir, Badr
Pendakian kepuncak
Selesai solat jumaat, kami sumer bertolak ke Yanbu. Tapi dipertengahan jalan, suami aku singgah jap kat Badr. Bukan nak pergi ke makam para syuhada tapi melayan anak2 yang dah lama tak main pasir... Biasaler kan, gunung pasir Badr ni memang cun! Pasirnya yang halus dan tak melekat pun kat kaki... Cuma masalah utama aku ialah, bila nak cuci baju anak2 tu kenalah aku korek segala celah poket baju dan seluar anak2 kerana terdapat banyak 'harta karun' yang tersimpan didalamnya....Pasir!!!!!


0 comments:
Post a Comment