Juadah sempoi di pagi raya
Irfan, Danish & Darwish makan ais krim 'raya'... hehehe 16 November 2010.... Umat Islam diseluruh dunia menyambut Hari Raya Qurban atau juga disebut Hari Raya Haji & Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni aku sambut sesempoi yang mungkin sebab suami dan anak2 aku menunaikan rukun Islam yang ke-5. Giliran aku pulak kat rumah menemani anak2 yg belum baligh... hehehe... Disamping tu aku ada juga menerima anak2 angkat seramai 4 orang selama seminggu yang ditinggalkan sementara oleh kedua ibubapa mereka kerana menunaikan rukun Islam yang ke-5 bersama rombongan suami & anak2ku. Mereka sumer ni anak2 pasangan En. Fadli & Pn Zuzarni. Comel tak mereka semua? hehehe...
Izzat
Syakirah
Twin... Darwish (kiri) & Danish (kanan) Pagi raya tu aku takde ler masak special sangat. Sekadar untuk memeriahkan dan meriangkan hati anak2 yang kena tinggal sementara. Pagi tu aku cuma masak ketupat segera yang diimport khas daripada M'sia (masa balik cuti summer aritu sempat ler aku pikul 2-3 bungkus), sambal kacang @ kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam dan serunding daging atau orang Kelantan panggil Sambal Daging. Serunding daging ni pun aku kirim pada sahabat yang juga ustazah anak2 aku dulu iaitu Puan Noor Azmah yang kebetulan balik bercuti ke kampung beliau di Kota Bahru, Kelantan semasa cuti penggal bulan 6 yang lepas. Jutaan terima kasih untuk beliau yang sudi mengkagro serunding2 daging itu untuk aku... Jauh tuuu daripada Kota Baharu ke Johor Bahru dan seterusnya ke Yanbu... Ahaks! Kuih raya pulak aku buatkan ler sebuku Blueberry Cheese Cake resepi seorang sahabat yang memang terror buat kek kat Yanbu ni, tak lain dan tak bukan Puan Fazimah atau nama glamour dia Ima Ghaz dan Chocolate Chips Cookies resepi dari seorang sahabat yang jauh nunnnnn kat Taxes US iaitu Puan Salina Hawa atau nick name yang aku bagi kat dia Kak Sally... Thanks a million both of you....


2 comments:
Tak terlambatkan nak ucap Selamat Hari Raya haji kat Reena kan ? :D. Nampak sedap juadah pagi raya. oh, nak bagitau Reena, insyaallah, tercapai hajat nak bawa anak2 buat umrah. insyaallah, cuti bulan 3, apa2 nnt saya msg reena kat facebook ek..
wannor...
Selamat hari raya haji juga... Ok nanti kita jumpa kat FB inbox msg. Sekali dgn contact no... kat sini xleh nanti glamour pulak youuuuu... hahahaha
Post a Comment