Friday, February 27, 2009

RESEPI AIS KRIM

Home made ice-cream

Untuk pengetahuan sumer, resepi aiskrim nih aku dapat dari sorang sahabat kat M'sia tanah air tercinta....PN SARINA isteri kepada Nizam...Jutaan terima kasih aku ucapkan............

Terima kasih diatas resepi dan ovelatte yang dah dikirimkan.....Kat sini aku tak pasti ada jual ker tak ovelatte nih! Tapi buat kengkawan yang kat M'sia tu dipersilakan mencubanyer....Pada kengkawan yang berada di KSA nih, sesapa yang ada info kat mana nak carik ovelatte nih, war2kan ler kat kami yer....


AIS KRIM

Bahan-bahan:

1 litr Susu Segar (ikut sukalah nak perasa apa pun strawberry/coklat/vanila)
10 Sdb Susu Tepung
10 Sdb Gula Pasir (kalau rajin & nk dpt result 'A', kisarlah sikit)
1 sdt Vanila**
3 S/b Overlett**
1 tin strawberry (aku guna yg buat topping utk pie)-ikut nak letak apa,kalau rasa blueberry letak buah blueberry,coklat boleh letak choc.rice,etc **yg ni aku jer yg memandai,sori ek tuan punyer resepi.Memandai edit2 kikiki

**Yang highlight warna merah tu jgn terlebih taruk..nti tak sedap. jadi pedorr.

Bahan topping

Coklat cair (aku guna Nutella jer sbb malas nak cairkan coklat bar)
Kekacang (aku guna walnuts+almonds kisar sket biar nampak cun!aku tak sempat kisar sbb dah licin!ekekeke)
**Kalau perasa coklat lerh ler tabur coklat rice.

Caranya

1) Campurkan ke semua bahan dan putar dengan mixer dgn menggunakn high speed selama 30 minit @ sehingga adunan kelihatan pekat dan likat.

2) Setelah cantik gebu.... masukkanlah buah strawberry dan gaul. Tapi jangan sebati sebab nanti warna tak cantik. ***Gaul lebih kurang jer biar nampak ada colour belang2 yg mcm kat Giant ngan Tesco tu....

3) Selepas itu masukkan kedalam acuan @ mangkuk 'tipuware' atau tupperware tutup dan sejukkan dalam freezer atas.Biar la adunan tu jadi sama macam ais krim mangkuk 'tipuware' yang selalu kita dok selalu beli kat Giant ker.. Tesco ker.... baru ler sodap makan tanpa was-was..

0 comments: