Thursday, March 4, 2010

MEE SIZZLING

Mee sizzling

Last week ada lagi projek masak2 bagi kaum ibu di Yanbu ni... Projek ni pun bukan paksaan. Sesiapa yang berminat leh ler join. Sapa2 yang tak berminat takkan ler nak paksa kannn...hehehe... Sebab projek masak2 ni diadakan 2minggu sekali. Bukan nak tunjuk sapa yang terror masak, tapi saja2 nak berkumpul dan beramah mesra. Kalau nak ziarah dari satu rumah ke satu rumah memang ler tak termampu masa dan tenaga. Lagi pun mana boleh jumpa dgn kengkawan semua dlm satu masa. Dgn cara ni ler boleh kumpul ramai2...Just for fun. Tak sama bila kumpul kalau ada pape kelas. Sebagai contoh kelas bahasa arab ata kelas quran.


Kali ni resepi mengancam telah pun kami kongsi daripada PN. HJH JAMILAH. Memang sedap...Lepas jer daripada mendapat ilmu yang diperturunkan, aku terus jer mencuba. Menjadik... Dalam minggu ni jer aku dah buat 2kali w/pun resepi ni telah aku derhakai...Mintak mahap ler Milahhhh...huahuahua...Jommm kita layannnnzzzz....Aku C&P resepi Milah...



Chef sedang tunjuk cara memasak...


Resepi asal yg telah ku skodeng...

Bahan utama....mesti ada mee

Bahan perencah

Ni minyak bijan atau sesame oil bukan minyak unta tauuuu

MEE SIZZLING YANBU

~ Bahan ikut mana yang ada di Yanbu sahaja..

Bahan-bahan ( utk 10 org )

1. 10 keping mee
2. 3 keping daging ayam- potong kecik
3. 10 biji cili kering- potong 2@3
4. 15 ulas bawang putih – cincang
5. 1 ½ inci halia- hiris halus
6. 6 cawan air
7. 6 sudu besar sos tiram
8. 12 sudu besar kicap masin & manis
9. Serbuk lada hitam
10. 15 biji cendawan shitake - rendam sampai lembut, potong2(klu tak de guna cendawan putih aje ye)
11. Lobak & sawi
12. Garam(klu dah masin tak perlu)
13. 3 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
14. 1 sudu teh minyak bijan
15. sedikit minyak utk menumis
16. limau
17. cili

Cara-cara
1. Tumis bahan no. 3, 4 & 5 hingga naik bau.
2. Masukkan bahan no.2 , biar agak empuk.
3. Masukkan bahan no.6.
4. Masukkan bahan no. 7, 8 & 9. Biarkan mendidih.
5. masukkan bahan no. 10, 11 & 12.
6. Masukkan bahan no. 1, kacau dan masukkan bahan no.13, biar hingga agak lembut, tutup api
7. Masukkan bahan no. 14-1 sudu teh
Tambah sotong pun sedapppppp kannnn.....hehehe....


****** Milahhhh...resepimu telah ku derhakai....












2 comments:

wannor said...

He..he..., masa tak baca abih tu, mmg sy ingat minyak tu minyak unta..

REENAZ said...

wannor, mnyk cap unta yg mee lak cap pokok korma...kelakor jer....hahaha